Sabtu, 2 Januari 2016

ISO 14001 - Suatu Pandangan Kedua

Apakah benar piawaian ISO 14000 yang diiktirafkan ke atas sesuatu organisasi ini benar-benar berfaedah seperti yang digembar gemburkan oleh golongan yang kononnya mencintai alam sekitar. Ramai yang beranggapan demikian dan menutup hati masing-masing dari mendengar pandangan kedua mengenainya. Sekitar 8 tahun lepas, orang atasan saya pernah memberi tugasan supaya saya menyediakan sedikit bahan yang dapat menyorot pandangan kedua berkenaan faedah perlaksanaannya. Antara yang pernah saya tuliskan:

Bukan tidak berfaedah langsung untuk organisasi melaksanakan garispanduan piawaian itu. Namun perlaksanaanya memerlukan kesungguhan yang tinggi. Lihat sahajalah peruntukan sumber yang diperlukan. Contohnya pengauditan dari SIRIM QAS yang ditauliahkan untuk memberi pengiktirafan memerlukan sekitar RM12,000 setiap kali lawatan dengan 2 lawatan setahun. Audit dalaman yang katakanlah juga 2 kali setahun melibatkan 4 juruaudit bergaji sekitar RM 3,000 sebulan atau sekitar RM100 sehari selama 3 hari sekali audit. Kursus-kursus untuk 25 orang juruaudit dalaman biasanya selama 5 hari di sekitar Kuala Lumpur berharga RM 2000 bagi setiap peserta. Kesemuanya akan mencapai jumlah melebihi RM 100,000 atau sekitar RM 60,000 setahun tanpa kursus.(Lihat Lampiran 1) tanpa mengambilkira sumber yang diperlukan untuk menyediakan segala keperluan garis panduannya seperti dokumen, latihan kesedaran/kemahiran kerja dan sebagainya.

Piawaian ISO 14000 itu sendiri, menurut Cascio, adalah pendekatan baru untuk penjagaan alam sekitar (Cascio dll., 1996). Jika organisasi telah mempunyai pendekatannya sendiri untuk itu, ISO 14000 tidak diperlukan lagi.

Salah satu unsur ISO 14001 ialah memenuhi tuntutan perundangan. Tanpa piawaian itupun organisasi terus memikul tanggung jawab itu. Jabatan Alam Sekitar dibekalkan dengan laporan alam sekitar organisasi bagi setiap 3 bulan yang meliputi air effluen, air bawah tanah, bunyi bising, udara persekitaran dan udara cerobong, serta laporan semasa ketika perlepasan asap hitam atau tumpahan minyak. Jika organisasi merasa cukup dengan perkara-perkara itu, ia tidak memerlukan ISO 14001.

Casio juga menambah bahawa kemalangan industri terkini menunjukkan memenuhi tuntutan undang-undang tidak memadai untuk memastikan tidak merosotnya mutu alam sekitar. Jika organisasi dapat membuktikan sebaliknya, dengan pengurusan yang sedar, peka, bersedia, boleh dipercayai, istiqamah untuk ia tidak memerlukan ISO 14001.

ISO 14001 sebenarnya melihat kepada sesuatu yang melebihi memenuhi tuntutan. Jika organisasi tidak mahu melakukannya ia tidak memerlukan ISO 14000.

ISO 14001 adalah cuma suatu garispanduan, bukan tuntutan undang-undang. Organisasi tidak akan didenda jika tidak dilaksanakan.

Lihatlah sejarah kelahiran piawaian itu sendiri. Imbas kembali persidangan perdagangan dua hala Pusingan Uruguay di bawah Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan, GATT (1987) dan Persidangan PBB mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan, UNCED, di Rio de Janeiro (1992). Persidangan pusingan Uruguay itu telah ditandatangani pada tahun 1994 dengan memberi penekanan terhadap perlunya mengikuti prinsip-prinsip dan syor-syor yang berkaitan dengan hal-hal alam sekitar dan perdagangan. Ekoran itu, Pertubuhan Antarabangsa bagi Pemiawaian (ISO) telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal, ISO/TC 207 untuk membentuk piawaian antarabangsa di dalam bidang peralatan dan sistem pengurusan alam sekitar yang akhirnya menghasilkan siri piawaian ISO 14000.

Sejarah kelahiran ISO 14000 sendiri tidak setenang membacanya di atas kertas. Pada pertengahan tahun 1991, apabila PBB mengumumkan persidangannya yang akan di adakan di Rio de Janeiro, para perwakilannya mengunjungi Sekretariat Pusat ISO untuk jemputan penyertaan dan meminta ISO bersetuju untuk menyediakan piawaian antarabangsa alam sekitar. Sekitar 25 negara bersetuju untuk membentuk Kumpulan Penasihat Strategik untuk Alam Sekitar (SAGE) yang memutuskan bahawa sepatutnya bagi ISO menyediakan piawaian pengurusan alam sekitar. Menjelang Januari 1993, TC 207 diperakukan oleh Lembaga Pengurusan Teknikal (TMB) ISO untuk menyediakan sistem pengurusan alam sekitar dan perkakasannya di dalam beberapa bidang alam sekitar.

Yang tersurat sebenarnya SAGE hanya diberi mandat oleh ISO cuma untuk menilai keperluan untuk mengujudkan paiwaian tetapi 6 sub-kumpulannya mula menyediakan piawainya di dalam beberapa bidang, di luar bidang kuasa, dengan pendapat bahawa ianya benar-benar diperlukan. Ini mendapat bantahan perwakilan Amerika Syarikat dengan anggapan bahawa jawatankuasa SAGE hanyalah penasihat yang menghujjah pengesyorannya, perwakilannya tidak mempunyai latarbelakang teknikal dan sesetengah negara telah menajukan piawaian mereka sebagai drafnya. Namun pegawai-pegawai SAGE tidak menghiraukan bantahan itu kerana berpendapat jawatankuasa teknikal berkusan untuk mengemaskinikan semula dan draf piawaian itu diteruskan. Tanpa persefahaman dengan rakan-rakan Eropahnya, akhirnya Amerika Syarikat meninggalkan kepimpinan mereka di dalam TC207 seterusnya meminimakan pengelibatannya tetapi masih memberikan sumbangan melalui Institut Piawaian Kebangsaan Amerika (ANSI) melalui Kumpulan Penasihat Teknikalnya (TAG) yang kuasa pentadbirannya diberikan kepada Persatuan Pengujian dan Bahan Amerika (ASTM) dan Persatuan Kawalan Kualiti Amerika (ASQC). TAG diwakili oleh pelbagai disiplin termasuk wakil-wakil dari EPA, DOE dan Jabatan Perdagangan.


Lampiran 1

Anggaran kos untuk penguaditan ISO 14001.

Audit SIRIM QAS RM 12,000 x 2 lawatan setahun RM 24,000
Audit dalaman RM 100 x 3 hari x 2 kali setahun x 4 juruaudit RM 2,400
Yuran kursus juruaudit RM 2000 x 25 orang RM 50,000
Tuntutan kursus juruaudit di sekitar KL RM {200 + (RM 200 x 5 hari)} x 25 RM 30,000
Mesyuarat pengurusan (bergaji bulanan RM 15,000)
RM 85 sejam x 2 jam x 2 kali setahun x 10 orang RM 34,000
RM 140,400